Rakan-Rakan semua, saya baru balik ziarah Sahabat kita, keadaan amat tenang sekali, suasana persekitaran kampung amat sesak dengan jiran-jiran dan rakan-rakan menziarahi arwah. Saya sempat menatapi wajah arwah dan sayu rasanya sehingga tidak sedar mengalir keluar air mata. Wajah arwah berseri dan ahli keluarganya tenang. Cuma terdengar tangisan anak kecil yang mungkin belum memahami keadaan ini.
Al-Fatihah kepada Allahyarham Mohd Azlan. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
No comments:
Post a Comment